Dina Kuat Makan

4:56 PTG


 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Sejak akhir-akhir ni anak aku si Kim Dina tu kuat betul makannya. Jangan lambat terus mengamuk dia. Menjadi kegusaran aku kalau aku terlambat buat mamam buat Dina. Kalau dulu boleh ilek-ilek lagi tapi sekarang tak boleh. Kalau dia nampak ko mengunyah, dia pon menjerit menunjuk nak juga apa yang ko kunyah tu.

Kalau nampak je mangkuk atau pinggan makan memang dia suka tapi kalau ko jauhkan dari dia.. dia sanggup mengamuk lagi-lagi kalau dah lapar. Kalau dah lapar pulak tak boleh lambat bagi makan. Kene cepat-cepat kalau tidak dia mengamuk juga. Apakehalnya dik oiii..

Jadinya sekarang aku dok fikir apa je menu dia ni. Selalu bawa g rumah Pengasuh 1 bekas food jar yang tahan panas tu cukup 2 kali makan. Sekarang tak boleh 2 kali makan. Kene 3 kali makan tak termasuk makan biskut. Kalau tak makan nanti dia keluh kesah merengek je kata pengasuh. 

Jadi puaslah aku fikir apa nak dibagi dekat kim dina ni bagi cukup 3 kali. Yela takkan nak bagi bubur yang sama 3 kali. So semalam aku try buat nasi goreng untuk dina. dia suka dan pagi ni aku bekalkan nasi goreng untuk dia sarapan pagi dan 1 bekas bubur (2x makan) untuk t/hari dan petang. So esok nak tukar menu lain pulak..

Balik rumah pengasuh pulak, waktu malam biasa aku bagi biskut je tapi aku tengok dia tak berapa kenyang. Biskut mang dia makan tapi semalam kan try buat nasi goreng untuk dia.. wah berselera.. Semalam sampai rumah je aku susukan, main-main kejab lepas tu buatkan dia roti bakar letak cheese. Memang dia suka. aku buat 1 keping je so makan dengan aku tak de banyak mana lah masuk mulut tu..



Lepas tu dia dah tunjuk bekas biskut. Nak biskut pulak. Sanggup berdiri capai bekas biskut atas sofa.. Makan mang laju minah tu. Dia suka betul biskut bulat-bulat ni. Rasa masin masin cheese gitu. 


Tengok dina makan sampai pecah-pecah bersepah itu biasa. 
Tu aku saja letak dalam plastik
lebihan bekal masa pergi rumah atok haritu.
dan ini dia nasi goreng semalam. 
tengok tangan dia tak shabarrrrrrr


Nasi goreng yang kene blander untuk Kim Dina yang baru nak tumbuh gg.

Sekarang kalau kemana-mana kene rajin bawa makanan dia sebab dia dah rajin menyunyah.. Mujur ada beg pureen yang aku beli RM25 ni. berguna juga buat dina dokong sendiri air dan biskut dia..




Hehe. takdelah kene pikul sendiri. Aku saja je try dokongkan dia. cute pulak minah tu dukung beg ni.. Esok dah pandai jalan baru suruh dukung. sekarang belum lagi.. :)

p/s: nanti aku kongsikan resepi nasi goreng dina






You Might Also Like

0 Komen