Pasta Cabonara Buat Kim D

4:39 PTG

 السلام عليكم 
안녕하세요!!

Sejak jadi mak-mak ni, aku keje mengoogle resepi jee. Sebab anak aku tu ada perangai juga. Ada masa tak mauu makan benda sama.. So haritu aku ajak laki aku cari pasta. Memula macam biasa, laki aku yang mempunyai sifat kekampungan itu tak mauu bagi anak dia makan benda matcalleh ni katanyaaa. Tapi kalau perangai mak dia yang degil ni memanglaaaaa kene cuba sebab kesian kat dina asik makan benda sama je kan. Ala beli pasta comel-comel untuk baby tu tak mahal mana.. RM2.99 aku beli kat tesco. Siap berbentuk2 comel lagi. 

Aku try buat untuk dina, hasil ehsan perkongsian resepi di facebook menjadi juga cuma aku ni jenis bangsa apa adejeeeee jadi tak payah nak kene ada semua bahan. Dasar



PASTA CABONARA KIM D
(9m-ke atas)

Resepi :
Pasta Comel-Comel
Hirisan Ayam
Hirisan Carrot
Hirisan Brokoli
Baby Tomato (Belah Dua)
Air
Bawang M+P untuk tumis
Butter untuk tumis (atau Unsalted butter)
Cheese Cheddar

Cara:
1. Rebus pasta sehingga lembut. Ketepikan.
2. Tumis Bawang M+P dengan  Butter sampai naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam, baby tomato, carrot dan brokoli kemudian masukkan air -biar sampai ayam masak, carrot dan brokoli empuk.
3. Masukkan sedikit Cheese dan bahan perasa - Dina memang kene letak garam kalau tak, dia tak mau makan.
4. Masukkan pasta. Siap dihidang. 

p/s: untuk baby silalahhhh blander dulu..Aku blander tak halus sangat sebab dina dah pandai makan yang kasar sikit. Kalau halus dan tawar tak nak makan minah tuuuuu..



Rasanya sangat sedap sampai aku pon bedal juga.. Silalaaa mencuba

You Might Also Like

0 Komen